Slideshow

Sunday, March 20, 2011

Siri Seminar dan Bengkel Keusahawanan Wanita: Usahawanita Seunggul Saidatina Khadijah




Maklumat lanjut, hubungi:

Roha Hassan-0124317948, Nazirah Idris-0133898534, Salina Hassan-0125285214

atau email ke innovativeimc@gmail.com

Kembara Taubat Di Bumi Anbia

“Saya terpanggil untuk menganjurkan program seumpama ini bila mendengar keluhan dan reaksi golongan yang kurang berkemampuan yang teringin untuk mengunjungi rumah Allah. Boleh dikatakan semua insan ingin berkunjung ke bumi kelahiran para anbiya ini, namun ramai yang hanya memendamkan perasaan kerana kekangan dari sudut kewangan"-Haji Nor Hashim Abdullah, selaku Pengarah Urusan Harmony Excellence Travel and Tours.

Marilah bersama-sama kita realisasikan hasrat mereka yang kurang berkemampuan tetapi mempunyai keinginan yang tinggi untuk mengerjakan umrah.

Sertai kami di Kembara Taubat di Bumi Anbia 2011 sekarang. 



Maklumat lanjut, hubungi:

Harmony Excellence Travel & Tours Sdn Bhd
5, Jalan Wangsa Melawati 4, Wangsa Melawati, 53300 Kuala Lumpur.
Tel: 03 - 4142 8817 Faks: 03 - 4142 4926
Handphone : 019-241 2120 / 012-9010580 / 019-223 7048
Email: admin@harmoni2u.com
Laman Web: http://www.harmoni2u.com

atau

Innovative Management Consultancy
No 216B, Jalan Negara 2, Taman Melawati,
53100 Kuala Lumpur
Tel: 03-41056233 Faks: 03-41055433
Handphone: 012-4317948/ 013-3898534/ 012-5285214
Email: innovativeimc@gmail.com
Laman Web: http://innovativeimc.blogspot.com/

Friday, March 4, 2011

Kem Smart & Power Learning


Gemilang Smart & Learning Centre, Harmony Excellence dan Innovative Management Consultancy membawakan kepada adik-adik

Kem Smart & Power Learning

Dengan Moto
Learning has never been this fun


Kami akan membawa adik-adik menjelajahi dunia pembelajaran yang interaktif,  kreatif, dan inovatif.


Program 3H2M bermula
30, 31 Mei & 1 Jun 2011

Akan disampaikan oleh
Pengasas Teknik Smart & Power Learning, Cikgu Alfi Shirman

Cepat!! Daftarkan diri adik-adik. Siapa cepat, dia dapat.
Pendaftaran bermula 8.00 pagi 

Bertempat di:
Kolej Pendeta Zaaba, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi

Yuran yang dikenakan amat berbaloi dengan ilmu yang akan adik-adik dapat:
RM250 (termasuk penginapan, makan minum, bahan-bahan dan sijil)

Jadi, kepada adik-adik yang bakal mengambil
PMR dan SPM

Peluang ini terbuka kepada anda semua........


Inginkan maklumat lanjut, hubungi:
Kak Nazirah   -   013-3898534
Kak Salina  -  012-5285214
Kak Gee  -  013-2832848
Abg Fahzan  -   019-9150421
Abg Shah  -  019-2819505



Kita jumpa di sana......

Kembara Taubat di Bumi Anbiya 2011

Kembara Taubat Di Bumi Anbiya 2011
Disediakan oleh : Roha bt Hassan
Perunding Innovative Management Consultancy


Ibadah haji dan umrah merupakan tuntutan agama yang wajib dilaksanakan ke atas setiap umat islam yang berkemampuan. Mengerjakan ibadah ini adalah sebagai satu tanda kesyukuran kita kepada Allah atas nikmat Islam dan Iman yang dianugerahkan kepada setiap hambaNya.

Setiap daripada umat Islam amat merindui untuk mengunjungi rumah Allah. Bagi yang berkemampuan, tiada halangan bagi mereka kerana boleh dilaksanakan bila-bila masa yang mereka ingini. Tetapi bagi yang kurang berkemampuan, jika diberikan peluang walaupun sekali dalam seumur hidup, ia merupakan nikmat yang besar maknanya kepada mereka.

Justeru itu, Harmony Excellence Travel and Tours dengan kerjasama Innovative Management Consultancy menganjurkan Kembara Taubat di Bumi Anbiya 2011 untuk memberi peluang kepada mereka yang berkemampuan dan yang kurang berkemampuan untuk sama-sama berkongsi peluang mengerjakan ibadah yang dituntut agama ini.

Melalui Kembara Taubat di Bumi Anbiya 2011, peserta akan dibawa untuk sama-sama berkongsi peluang mengerjakan umrah dengan peserta-peserta daripada Persatuan Kebajikan Anak Pesakit HIV/ AIDS Nurul Iman Malaysia (PERNIM), Persatuan Perlindungan Raudhatul Jannah, Baitul Hidayah serta beberapa rumah kebajikan lain khususnya yang memberikan perlindungan kepada golongan fakir miskin, anak-anak yatim dan ibu tunggal.

Diantara objektif program ialah untuk memberi peluang kepada mereka yang kurang berkemampuan untuk sama-sama mengerjakan ibadah umrah, membuka ruang kepada masyarakat untuk menyumbang dengan membiayai perjalanan mereka yang kurang berkemampuan mengerjakan umrah yang terdiri daripada anak yatim, fakir miskin dan ibu tunggal serta mengeratkan hubungan di antara para peserta dengan kumpulan yang ingin disantuni di samping menjadikan mereka keluarga angkat kepada peserta.

Encik Nor Hashim Abdullah, selaku Pengarah Urusan Harmony Excellence Travel and Tours ketika diminta mengulas tentang program ini berkata, “Saya terpanggil untuk menganjurkan program seumpama ini bila mendengar keluhan dan reaksi golongan yang kurang berkemampuan yang teringin untuk mengunjungi rumah Allah. Boleh dikatakan semua insan ingin berkunjung ke bumi kelahiran para anbiya ini, namun ramai yang hanya memendamkan perasaan kerana kekangan dari sudut kewangan”

Tambah beliau, “Hasrat ikhlas Harmony Excellence dalam penganjuran program seumpama ini bukanlah untuk mengaut keuntungan atas nama kebajikan atau mengambil kesempatan menggunakan rumah-rumah kebajikan tetapi atas nama kebersamaan dan kemanusiaan. Walaupun sedikit, namun sekurang-kurang ini merupakan peluang untuk golongan yang tiada dalam merealisasikan impian menjejakkan kaki dan beribadah di Tanah Suci.

Selain dari itu, setiap peserta yang menyertai Kembara Taubat ini akan turut sama menyumbang kepada rumah-rumah yang terlibat iaitu Persatuan Kebajikan Anak Pesakit HIV/ AIDS Nurul Iman Malaysia (PERNIM), Persatuan Perlindungan Raudhatul Jannah, Baitul Hidayah serta beberapa rumah kebajikan lain khususnya yang memberikan perlindungan kepada golongan fakir miskin, anak-anak yatim dan ibu tunggal.

Pakej Umrah Khas Kembara Taubat di Bumi Anbiya ini adalah bermula dengan nilai RM5500 seorang. Para dermawan yang ingin menyertai program ini boleh memilih untuk menjadi peserta Kembara Taubat dengan membayar harga pakej Umrah yang telah ditetapkan atau menaja seorang peserta dari pusat perlindungan yang terlibat atau memberi sumbangan kewangan mengikut kemampuan masing-masing.

Selain daripada pakej ini, Harnony Excellence Travel & Tours turut menyediakan pakej umrah yang menarik sepanjang tahun dengan harga Pakej bermula daripada RM4750.

Orang ramai yang berminat untuk menyertai program ini boleh mendapatkan maklumat lanjut daripada :

Harmony Excellence Travel & Tours Sdn Bhd
5, Jalan Wangsa Melawati 4, Wangsa Melawati, 53300 Kuala Lumpur.
Tel: 03 - 4142 8817 Faks: 03 - 4142 4926
Handphone : 019-241 2120 / 012-9010580 / 019-223 7048
Email: admin@harmoni2u.com
Laman Web: http://www.harmoni2u.com

atau

Innovative Management Consultancy
No 216B, Jalan Negara 2, Taman Melawati,
53100 Kuala Lumpur
Tel: 03-41056233 Faks: 03-41055433
Handphone: 012-4317948/ 013-3898534/ 012-5285214/019-9150421
Email: innovativeimc@gmail.com
Laman Web: http://innovativeimc.blogspot.com/